Monday, June 8, 2009

9/6/2009

Assalamualaikum...
Saya, Kamariah Omar. Seorang guru di SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak. Berkhidmat sebagai guru selama 15 tahun. Tapi, ini adalah post yang ke-3. Pernah bekerja sebagai kerani, sementara menunggu peluang ke universiti selama 2 bulan. Berkhidmat di bawah skim siswazah khidmat sambilan hampir 7 tahun. Pengalaman yang sedikit banyak mengajar dan mematangkan hidup ini.
Mendidik pelajar umpama mendidik anak sendiri. Kejayaan pelajar umpama kejayaan anak sendiri. Sejak akhir-akhir ini, saya sedikit kecewa dengan sikap "anak-anak" yang tidak serius terhadap pelajaran. Tidak ada hala tuju dan sentiasa mengambil mudah. Masa banyak dihabiskan untuk bersantai dan melayan perasaan. Tanggungjawab dan harapan keluarga mereka dijadikan perkara sampingan. Nasihat guru-guru dianggap leteran yang membosankan. Saya musykil...sampai bilakah perkara ini dapat dirungkai???
hmmm kalau ada pandangan,pendapat...silalah kongsi bersama...